Kempen Internet Selamat Ppd Kluster Kuala Kangsar
26 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar telah menjemput pihak MCMC Perak dan NADI Kluster Kuala Kangsar dalam memberikan taklimat dan fasilitator Kempen Internet Selamat kepada pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah bersempena Karnival Madani Pendidikan untuk Semua(Kampus) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar tahun 2025. Program ini dijalankan di dalam dewan di PPD Kuala Kangsar dengan mengumpulkan sekolah sekolah daerah Kuala Kangsar yang melibatkan 24 buah sekolah menengah(192 murid) dan 77 buah sekolah rendah (77 murid) beserta guru dan Ibu bapa di Daerah Kuala Kangsar yang dijalankan sebanyak 3 sesi( 1 sesi sekolah rendah & 2 sesi sekolah menengah).
Tujuan taklimat ini diberikan ialah untuk memberi pendedahan dan juga kesedaran kepada pelajar sekolah yang terlibat dengan penggunaan internet dengan selamat serta bahaya media sosial kepada mereka. Taklimat diberikan oleh Pegawai MCMC Perak dan juga oleh Petugas NADI yang juga berperanan sebagai fasilitator semasa program. Taklimat mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan juga guru pengiring. Kami berharap agar adik adik kita dapat menggunakan internet dengan berfaedah dan berhenti dahulu dalam menggunakan sosial media.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: